Monday, March 23, 2009

Pemakanan Untuk Si Manja

BADAN anak anda memerlukan pelbagai nutrien. Kebanyakan nutrien ini iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, diperolehi daripada makanan yang berlainan. Itulah sebabnya anda perlu memastikan diet si manja mengandungi pelbagai jenis makanan.

Anak anda juga memerlukan nutrien berkenaan dalam jumlah yang betul untuk membolehkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Pengambilan terlalu banyak atau terlalu sedikit nutrien tertentu boleh membawa kepada masalah kurang berat badan, anemia atau obesiti.

Piramid Kumpulan Makanan untuk Kanak-Kanak

Bukan susah untuk memastikan si manja mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang betul. Anda boleh merujuk kepada Piramid Panduan Makanan untuk Kanak-Kanak sebagai panduan terbaik memastikan anak anda mendapat khasiat pemakanan secukupnya.

Piramid Panduan Makanan menunjukkan dengan jelas jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil setiap hari. Sebagaimana yang dilihat daripada bentuknya, makanan di bahagian bawah sekali atau tahap 1 adalah yang ‘perlu diambil paling banyak’. Pengambilan makanan di bahagian atas piramid pula hendaklah semakin dikurangkan sementara pengambilan makanan di puncak Piramid adalah yang ‘paling sedikit’. Piramid ini juga memaparkan jumlah makanan yang berlainan dalam setiap kumpulan makanan. Jadi, anda boleh memilih dan pelbagaikan rasa, tekstur dan bentuknya dalam setiap sajian.


Sumbangan : A. FADZIL

MESYUARAT AGUNG PUSPANITA

Mesyuarat Agung Puspanita Daerah Seberang Perai Tengah Kali Ke 26
Pada : 20 Mar 2009
Masa : 8:30 Pagi
Tempat : Pejabat Daerah Dan Tanah,Seberang Perai Tengah.




Sumbangan : PN. PARIDAH

PENYEDIAAN MPK DAN FM

Taklimat Penyediaan Manual Prosedur Kerja Dan Fail Meja
Taklimat ini di adakan pada 20 Mar 2009
Jam 3:00 petang
Bertempat di bilik mesyuarat IADA Pulau Pinang



Sumbangan : SUBERIEY

Wednesday, March 18, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR

Perlawanan persahabatan di antara pasukan IADA Pulau Pinang dengan pasukan
Pos Malaysia Berhad Butterworth telah diadakan pada 17hb Mar 2009 (selasa) jam
5.30 petang bertempat di gelanggang bola tampar IADA Pulau Pinang.



Sumbangan : PN. PARIDAH

Tuesday, March 17, 2009

MAJLIS PELANCARAN BULAN VETERINAR

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN VETERINAR PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Veterinar Peringkat Negeri Pulau Pinang telah di adakan pada 14 Mac 2009 (Sabtu) bertempat di Padang Awam Penaga, Seberang Perai Utara. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu YAB Datuk Mustapa Mohamed. Pada majlis itu juga di adakan pameran oleh jabatan dan agensi dibawah Kementerian Pertanian. IADA Pulau Pinang dan kakitangannya juga terlibat dalam pameran tersebut.




Sumbangan : EN. AMRAN

Tanda Kasih Buat Ibu

KASIH ibu membawa ke syurga, itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu. Ungkapan itu memang ada kebenarannya.
Siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan, tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan, mendodoi dan memelihara dengan penuh kasih sayang sehingga dewasa.


Bahkan, dalam semua agama meletakkan ibu sebagai insan mulia yang harus disanjungi. Dalam Islam sendiri sendiri, ibu diletakkan pada satu tahap paling tinggi sehingga Rasulullah SAW menyebut ibu sebanyak tiga kali sewaktu sahabat bertanya siapakah insan yang perlu ditaati selepas baginda.

Begitu besar sanjungan terhadap ibu sehingga tarikh 10 Mei setiap tahun telah dipilih untuk sambutan Hari Ibu menghargai jasa-jasa insan istimewa ini.
Walaupun bagi masyarakat Malaysia, Hari Ibu hanya disambut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, setidak-tidaknya ia boleh dijadikan titik mula untuk meluahkan rasa kasih sayang terhadapnya.

Lazimnya, pada hari ini akan dimeriahkan dengan majlis-majlis di mana anak-anak menghargai jasa ibu dengan memberi kejutan seperti pemberian hadiah dan ungkapan-ungkapan yang begitu meruntuh jiwa.
Ini kerana membahagiakan hati seorang ibu adalah tuntutan terpuji. Walaupun seorang ibu tidak pernah mengharapkan balasan, namun apa salahnya mengejutkannya dengan hadiah yang tidak boleh dilupakan pada hari tersebut.

Hari Ibu kalau dilihat daripada skop yang lebih luas sebenarnya lebih sekadar peranan anak menunjukkan kasih sayang terhadap ibunya. Hari Ibu sebenarnya menjadi wadah kepada pelbagai pihak untuk melahirkan generasi yang lebih baik, anak-anak yang bertanggungjawab dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.

Sumbangan : SUBERIEY

Pemeriksaan Awal Elak CKD

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) merupakan isu kesihatan awam global yang utama, di mana 500 juta individu iaitu 10 peratus daripada penduduk dewasa di seluruh dunia mengalami masalah tersebut.

Secara global, kos rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu penyakit buah pinggang peringkat terakhir, semakin meningkat. Sehingga kini seramai 1.5 juta pesakit berpeluang untuk hidup sama ada melalui dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Jumlah itu dijangka akan meningkat berlipat ganda dalam masa 10 tahun akan datang terutama di negara-negara membangun.
Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan jumlah pesakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan bertambahnya jumlah penduduk warga tua.

Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Serdang, Dr. Goh Bak Leong berkata, manusia mempunyai dua buah pinggang yang terletak di belakang abdomen bersebelahan antara saraf tunjang dan di bahagian bawah rusuk. Saiz kedua-dua buah pinggang adalah sebesar genggaman orang dewasa.


Tanda dan gejala CKD


1. Ketidakselesaan atau rasa membakar semasa membuang air kecil.
2. Darah keluar bersama-sama air kencing.
3. Perubahan kekerapan membuang air kencing.
4. Sakit belakang.
5. Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam.
6. Bengkak pada pergelangan kaki.
7. Sembap di keliling mata yang berlarutan terutamanya pada sebelah pagi.

Langkah-langkah pencegahan

1. Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang.
2. Mengawal tekanan darah.
3. Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah.
4. Berhenti merokok.
5. Bersenam.

6. Mengawal berat badan.

Sumbangan : AZIZI

Tuesday, March 10, 2009

PERTANDINGAN BOWLING IADA PULAU PINANG

PERTANDINGAN BOLING IADA PULAU PINANG
TARIKH : 06 MAC 2009
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : MEGALANE, PERAI, PULAU PINANG.
JUMLAH PESERTA : 33 ORANG

SENARAI PEMENANG
1. MOHD DANIAL ARIFF BIN MUSTAFHA
2. MODH FARIDZ BIN ZAINOL
3. ROSLAN BIN ABD HAMID
4. MUHAMAD ZAIFUL AZLI
5. SANUSI BIN OTHMAN
6. FAIZAL ASHRAF BIN IBRAHIM
7. ZULKIFLI BIN SAIDIN
8. MOHD SUHAIMI BIN MANSOR
9. HALIMAH BINTI NGARIMIN
10. MOHD JAIS BIN TAMBI HUSSIEN

SCORE TERTINGGI LELAKI
1. MARZUKI BIN TAMAT
2. MODH FARIDZ BIN ZAINOL
3. MOHD DANIAL ARIFF BIN MUSTAFHA

SCORE TERTINGGI PEREMPUAN
1. SUPINA BINTI HAMZAH
2. HALIMAH BINTI NGARIMIN
3. NORHAYATI BINTI ABDULLAH

HADIAH MISTERI LELAKI
1. MUHAMMAD FAIZ BIN ZULKIFLY

HADIAH MISTERI PEREMPUAN
1. PATIMAH BINTI ABDUL HAMID



INILAH JUARA KITA


SEBAHAGIAN PESERTA LELAKI
SEBAHAGIAN PESERTA PEREMPUAN

Sumbangan : Danial dan Suhaimi

Thursday, March 5, 2009

BENGKEL MPK DAN FM

Bengkel Penyediaan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ini telah di adakan di Kuala Perlis. Seramai 25 orang menyertai bengkal ini yang terdiri dari kakitangan IADA dan Pertanian.

mari kita lihat sapa yang kena....


tengok betul2 apa saya nak buat ni ......


sila dengar apa yang saya nak baca ni ...........
inilah kumpulan kami ......


gelak sakan nampak.......

Sumbangan : Danial dan Fadzlina

Tuesday, March 3, 2009

MESYUARAT AGONG KESURIA PERTAMA

Mesyuarat Agong Kelab Kesuria yang pertama telah diadakan pada 25 Februari 2009 di bilik mesyuarat IADA Pulau Pinang. Antara agenda dalam mesyuarat ini ialah memilih Ahli Jawatankuasa Kelab bagi sesi 2009-2011. Ahli jawatankuasa yang telah dipilih adalah seperti berikut :

PENAUNG
En. Haji Ghazali Bin Zakaria

YANG DIPERTUA
En. Mohd Jais Bin Tambi Hussien

TIMBALAN YANG DIPERTUA
En. Roslee Bin Abdul Ghani

SETIAUSAHA KEHORMAT
En. Mohd Danial Ariff Bin Mustafha

PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Supina Bin Hamzah

BENDAHARI
En. Syed Baba Ahmad Bin Syed Peer

5 AHLI JAWATANKUASA
En. Mohd Suhaimi Bin Mansor
En. Asfizan Bin Ariff
En. Mohd Faridz Bin Zainol
En. Amran Bin Ahmad
Pn. Hasreena Bin Abd. Hamid

2 AHLI PEMERIKSA KIRA-KIRA
En. Amphai A/L Ee Bau
En. Muhamad Zaiful Azli

BENGKEL REKABENTUK SISITEM PENGAIRAN

Bengkel ini telah di adakan pada 13 hingga 16 Oktober 2008 bertempat di Pulau Langkawi.

PESERTA YANG TERLIBAT



Monday, March 2, 2009

SEMINAR KECERGASAN

Seminar kecergasan ini telah di adakan selama 2 hari pada 11 dan 12 Disember 2008. Hari pertama di adakan di KOMTAR dan hari kedua di adakan di Pulau Jerejak. Seramai 30 kakitangan IADA Pulau Pinang terlibat dalam seminar ini.

PEMENANG ACARA MENCARI HARTA KARUN
basikal pun dapat ka.....




ACARA 'JUNGLE TRACKING'



PESERTA-PESERTA YANG TERLIBAT