Thursday, April 16, 2009

PERMAINAN CARROM

Permainan carrom di blok B setiap hari selepas waktu pejabat,
mengeratkan lagi perhubungan antara kakitangan.

KEMUDAHAN SUKAN DI IADA PULAU PINANG

Gelanggang Tennis


Gelanggang Bola Tampar


Gelanggang Futsal


Gelanggang Pingpong


Oleh : AJK Sukan

Wednesday, April 15, 2009

BILIK KECERGASAN

Kemudahan yang terdapat didalam Bilik Kecergasan IADA Pulau Pinang.

Friday, April 3, 2009

LELAKI DAN ANGKA

Dianggarkan menjelang tahun 2050, masalah Osteoporosis di bahagian punggung kaum lelaki meningkat sebanyak 310%.

2/3 sistem seksual lelaki berada di luar tubuh.

Secara purata, lelaki membakar 2200 kalori sehari.

Apabila 4 atau lebih lelaki berkumpul, mereka lebih suka bercakap tentang sukan.

Seorang lelaki boleh menyukai wanita selama 1 minit dan kemudian melupakannya.

Fakta menunjukkan, purata lelaki tidak bercukur, janggutnya akan memanjang sehingga 30 kaki ketika hayatnya, lebih panjang dari paus pembunuh.

.....

KAKI BERSIH LAMBANG PERIBADI

MENJAGA kecantikan dan kesejahteraan tubuh menjadi sebahagian daripada rutin individu berkerjaya tidak mengira lelaki atau wanita. Seringkali fokus diberikan pada penjagaan wajah, bentuk tubuh, penampilan luaran dan dalaman. Dalam pada kepekaan kita terhadap penjagaan diri, rawatan kaki sering menjadi agenda terakhir kerana bahagian tersebut mungkin tidak atau jarang menjadi tumpuan mata orang sekeliling.

Kita mungkin tidak sedar bahawa kaki mengalami tekanan keterlaluan akibat daripada 'tugasnya' menyokong dan membawa tubuh ke mana sahaja. Malah, golongan wanita sanggup 'melemaskan' kaki ke dalam kasut yang bermuncung tirus, bertumit tinggi semata-mata untuk tampil bergaya.

Akibat mengabaikan kesihatan kaki timbul masalah seperti kelesuan kaki, kuku kaki yang tidak sempurna dan hitam, tumit merekah, kaki bengkak dan kehitaman di buku lali akibat kulit mati.

Walaupun menganggap kaki adalah bahagian yang jarang menjadi tumpuan orang namun kita harus sedar bahawa kaki yang cantik, bersih dan sihat mencerminkan peribadi.


.....