Tuesday, March 17, 2009

Pemeriksaan Awal Elak CKD

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) merupakan isu kesihatan awam global yang utama, di mana 500 juta individu iaitu 10 peratus daripada penduduk dewasa di seluruh dunia mengalami masalah tersebut.

Secara global, kos rawatan untuk kegagalan buah pinggang iaitu penyakit buah pinggang peringkat terakhir, semakin meningkat. Sehingga kini seramai 1.5 juta pesakit berpeluang untuk hidup sama ada melalui dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Jumlah itu dijangka akan meningkat berlipat ganda dalam masa 10 tahun akan datang terutama di negara-negara membangun.
Peningkatan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan jumlah pesakit kencing manis, darah tinggi, obesiti dan bertambahnya jumlah penduduk warga tua.

Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Serdang, Dr. Goh Bak Leong berkata, manusia mempunyai dua buah pinggang yang terletak di belakang abdomen bersebelahan antara saraf tunjang dan di bahagian bawah rusuk. Saiz kedua-dua buah pinggang adalah sebesar genggaman orang dewasa.


Tanda dan gejala CKD


1. Ketidakselesaan atau rasa membakar semasa membuang air kecil.
2. Darah keluar bersama-sama air kencing.
3. Perubahan kekerapan membuang air kencing.
4. Sakit belakang.
5. Membuang air kecil dengan kerap pada waktu tengah malam.
6. Bengkak pada pergelangan kaki.
7. Sembap di keliling mata yang berlarutan terutamanya pada sebelah pagi.

Langkah-langkah pencegahan

1. Mengambil ubat-ubatan bagi mengurangkan protein dalam kencing dan melindungi buah pinggang.
2. Mengawal tekanan darah.
3. Mengawal gula dan kolestrol di dalam darah.
4. Berhenti merokok.
5. Bersenam.

6. Mengawal berat badan.

Sumbangan : AZIZI

No comments:

Post a Comment