Monday, March 23, 2009

Pemakanan Untuk Si Manja

BADAN anak anda memerlukan pelbagai nutrien. Kebanyakan nutrien ini iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral, diperolehi daripada makanan yang berlainan. Itulah sebabnya anda perlu memastikan diet si manja mengandungi pelbagai jenis makanan.

Anak anda juga memerlukan nutrien berkenaan dalam jumlah yang betul untuk membolehkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Pengambilan terlalu banyak atau terlalu sedikit nutrien tertentu boleh membawa kepada masalah kurang berat badan, anemia atau obesiti.

Piramid Kumpulan Makanan untuk Kanak-Kanak

Bukan susah untuk memastikan si manja mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang betul. Anda boleh merujuk kepada Piramid Panduan Makanan untuk Kanak-Kanak sebagai panduan terbaik memastikan anak anda mendapat khasiat pemakanan secukupnya.

Piramid Panduan Makanan menunjukkan dengan jelas jenis dan jumlah makanan yang perlu diambil setiap hari. Sebagaimana yang dilihat daripada bentuknya, makanan di bahagian bawah sekali atau tahap 1 adalah yang ‘perlu diambil paling banyak’. Pengambilan makanan di bahagian atas piramid pula hendaklah semakin dikurangkan sementara pengambilan makanan di puncak Piramid adalah yang ‘paling sedikit’. Piramid ini juga memaparkan jumlah makanan yang berlainan dalam setiap kumpulan makanan. Jadi, anda boleh memilih dan pelbagaikan rasa, tekstur dan bentuknya dalam setiap sajian.


Sumbangan : A. FADZIL

No comments:

Post a Comment