Friday, April 3, 2009

KAKI BERSIH LAMBANG PERIBADI

MENJAGA kecantikan dan kesejahteraan tubuh menjadi sebahagian daripada rutin individu berkerjaya tidak mengira lelaki atau wanita. Seringkali fokus diberikan pada penjagaan wajah, bentuk tubuh, penampilan luaran dan dalaman. Dalam pada kepekaan kita terhadap penjagaan diri, rawatan kaki sering menjadi agenda terakhir kerana bahagian tersebut mungkin tidak atau jarang menjadi tumpuan mata orang sekeliling.

Kita mungkin tidak sedar bahawa kaki mengalami tekanan keterlaluan akibat daripada 'tugasnya' menyokong dan membawa tubuh ke mana sahaja. Malah, golongan wanita sanggup 'melemaskan' kaki ke dalam kasut yang bermuncung tirus, bertumit tinggi semata-mata untuk tampil bergaya.

Akibat mengabaikan kesihatan kaki timbul masalah seperti kelesuan kaki, kuku kaki yang tidak sempurna dan hitam, tumit merekah, kaki bengkak dan kehitaman di buku lali akibat kulit mati.

Walaupun menganggap kaki adalah bahagian yang jarang menjadi tumpuan orang namun kita harus sedar bahawa kaki yang cantik, bersih dan sihat mencerminkan peribadi.


.....

No comments:

Post a Comment